Selasa, 14 Oktober 2008

DATUK BAHAMAN PENCETUS PENENTANGAN BRITISH DI PAHANG


Nama sebenar beliau adalah Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh. Punca utama pemberontakan adalah kerana rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang, terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya. Ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891.

TOK GAJAH


Tok Gajah dan Mat Kilau mula menyertai perjuangan Dato' Bahaman. Bersama rakan seperjuangan yang baru, mereka terus menyerang balai polis dan lokasi British bagi menghalau penjajah asing itu dari bumi Pahang.